PAS guna Unisel serang MUFTI Dan UMNO depan pelajar


SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa ramai mufti dan guru agama di negara menyatakan sokongan terbuka kepada Umno justeru memberikan alasan untuk beliau menyerang golongan tersebut.Dalam ucaptama Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP) 2013 di Universiti Selangor (Unisel) cawangan Shah Alam pagi tadi, Hadi seolah-olah menjadikan majlis itu sebagai platform untuk menyerang parti Umno di hadapan kira-kira 1,000 pelajar yang hadir."Contohnya ustaz (guru agama) dan ulama hari ini ramai yang menyokong Umno. Ustaz sokong Umno, artis ramai sokong PAS. Kenapa saya menyerang, sebab saya tidak kisah.

"Saya terpaksa menyerang kerana terdapat gejala yang sangat menyakitkan kita hari ini," kata beliau sambil mengaku tidak menyediakan kertas kerja sebelum memberi ucapan pada konvensyen pendidikan itu.Unisel merupakan institusi pendidikan milikan penuh kerajaan Selangor yang sering dipalitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk menanggung kerugian ekoran kedudukan kewangan yang tidak pernah diaudit selain berhutang dengan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menguruskan penyelengaraan asrama.Malah kualiti pendidikan di universiti itu mencatatkan penurunan selepas kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abdul Razak pernah mempersoalkan pelantikan tiga ahli lembaga pengarah universiti berkenaan yang terdiri daripada ahli politik dan orang kanan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Individu-individu tersebut termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana