PAS cuba dakwah Karpal dengan sebiji kek?

Dalam soal mengatur langkah politik berpandukan Al Quran dan sunnah nampaknya pemimpin PAS semakin longgar pegangannya. Tidak berkata benar kini muncul sebagai jenama tindakan mereka. Sedikit demi sedikit berbohong semakin menjadi lumrah di kalangan pemimpinnyaDemi menonjolkan sisi pemikiran Islamnya, Pemuda PAS, misalnya, masih memperjuangkan supaya generasi muda Islam jangan terikut-ikut menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day setiap 14 Februari.Alasannya ialah, pertama sekali itu adalah adat resam penganut Kristian. Keduanya, Pemuda PAS menegaskan perkara itu sudahpun difatwakan sebagai bertentangan dengan jiwa Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2005.
Namun dalam skop yang lebih luas PAS agak tersasar daripada perjuangan besarnya untuk menjadi gerakan dakwah – mencegah yang mungkar dan menggalakkan amalan yang makruf!

Sewajarnya ruanglingkup utama perjuangan PAS ialah menyemarakkan kalimah la ilaha illallah (Tiada tuhan melainkan Allah) dan Muhammad Rasulullah. Kemudian ini mesti dituruti dengan pengisian kefahaman tentang Islam.

Seharusnya tugas utama PAS ia menggilap keimanan muslimin supaya semakin teguh beribadah kepada Allah dan bukan merelakan kemuliaan dan kebesaran Allah dikongsi dengan kefahaman ketuhanan orang bukan Islam.Natijahnya mutakhir ini langkah politik PAS lebih banyak mengeliru daripada mencerahkan kefahaman umat. Contoh paling nyata ialah isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible bahasa Melayu.Dengan sewenangnya PAS mengumumkan isu itu selesai. Berikutan inisiatif Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengisytiharkan polemik itu sudah berakhir.

Nik Aziz pujuk Karpal dengan sebiji kek 

Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh dengan buah tangan sebiji kek sempena hari jadi Nik Aziz sendiri. Pelik benar politik PAS. Untuk memujuk Karpal supaya jangan bersikap “degil menolak perjuangan PAS”, diplomasi PAS ialah sebiji kek?Pengumuman Haji Hadi isu kalimah Allah sudah selesai dengan buah tangan sebiji kek menyinggung perasaan Karpal. Ini kerana dalam pertemuannya dengan Nik Aziz, Karpal
berkata, isu kalimah tidak ditimbulkan.

Jadi bagaimana Haji Hadi boleh menyatakan isu itu sudah selesai? Adakah ini caranya orang Islam menyelesaikan perbedaan pendapat?
Apakah dengan menunjukkan kepada media ada ikatan silaturrahim dan setiakawan di antara pemimpin PAS dengan pengerusi DAP, maka perbalahan mereka sudah terlerai?Atau, adakah ini caranya mahu “memerangkap” Karpal supaya beralih pegangan dan mulai menyokong perjuangan hudud PAS serta akur akan hasrat PAS agar DAP memberhentikan desakan supaya orang Kristian boleh diizin menggunakan kalimah Allah dalam bible?

Soalnya, bukankah Nik Aziz pernah menemplak mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bahawa jika beliau (Nasharudin) mahu terus berjuang untuk Islam, maka satu-satu parti politik yang Islami di Malaysia ialah PAS?Maknanya Nasharuddin tidak ada pilihan selain terus duduk dalam PAS! Memang pada hakikatnya, Nasharudin tidak berhajat meninggalkan PAS. Namun mengapa beliau dilayani dengan begitu kurang beradab?

Merata rakyat bercerita mengenai penggugurannya dari Dewan Ulama PAS tetapi hingga Sabtu, 2 Februari 2013, beliau belum menerima surat rasmi berhubung isu yang besar kesannya itu. Walhal keputusan menggugurkan Nasharudin dibuat pada 13 Januari oleh mesyuarat yang dipengerusikan oleh Nik Aziz sendiri!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana