Papa Gomo : FAKTA Sulit Pilihanraya 2013 BN Menang 2/3 Majoriti Didedahkan.


Terus terang Gomo katakan memang Gomo terlibat dengan lebih mendalam untuk Pilihanraya ke 13 kali ini. Satu tugas yang cukup luar biasa yang memerlukan banyak tenaga sama ada fizikal dan juga mental. Level Gomo untuk pilihanraya kali ini adalah peringkat Nasional yang mana matlamat adalah untuk memenangkan BN dengan majority 2/3.

Gomo sudah acap kali menghadiri mesyuarat tentang pilihanraya yang mana membabitkan peringkat negeri dan juga parlimen dalam Malaysia sejak tahun lepas lagi dan ada beberapa fakta yang Gomo nak kongsikan bersama pembaca agar mengetahui sedikit sebanyak apa yang bakal berlaku pada pilihanraya ke 13 nanti.

Dibawah ini merupakan senarai negeri negeri yang akan dikekalkan oleh Barisan Nasional dengan undi kemenangan majoriti 2/3 pada PRU 13.

1.Johor
2.Melaka
3.Negeri Sembilan
4.Pahang
5.Terengganu
6.Perlis
7.Perak
8.Sabah
9.Sarawak

Dibawah ini pula merupakan negeri yang setakat ini memihak kepada Barisan Nasional pada PRU 13 ini dengan menidakkan pentadbir waktu ini iaitu pakatan PAS,DAP dan PKR.

10.Kedah - 2/3 Undi memihak Barisan Nasional
11.Selangor - 2/3 Undi memihak Barisan Nasional
12. Kelantan - 50/50 (Bergantung kepada Calon)
13. Pulau Pinang - 50/50 (bergantung kepada strategi kaum Cina)

Bagi Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Setiawangsa kemenangan adalah milik Barisan Nasional manakala bagi beberapa Parlimen dirampas kembali oleh Barisan Nasional.

1. Parlimen Wangsa Maju
2. Parlimen Bandar Tun Razak
3. Parlimen Lembah Pantai
4. Parlimen Titiwangsa
5. Parlimen Segambut
6. Parlimen Batu

Ini merupakan analisis yang Gomo lakukan berpandukan beberapa mesyuarat tentang sentimen rakyat Malaysia akan politik masa kini.

Sumber papagomo...SINI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana