Panasss!!!!Seruan Tun "Pastikan majoriti BN 2/3 untuk 'halau' Ambiga"


CHERAS: Bagi melucutkan kewarganegaraan rakyat Malaysia yang cuba memecah-belahkan rakyat, maka Perlembagaan Persekutuan perlu terlebih dahulu dipinda, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Menjelaskan bahawa Perlembagaan itu hanya boleh dipinda sekiranya kerajaan yang mentadbir memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen, beliau menyeru pengundi dapat membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
“Kita pinda Perlembagaan..untuk pinda Perlembagaan kita kena dapat dua pertiga undi di Parlimen. Kalau kita tak dapat, kita tak boleh pinda.“Sebab itulah PRU13 ini, tolong beri kemenangan kepada BN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang hadirin majlis ‘Santai Bersama Tun M’ di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini yang  membangkitkan soal melucutkan kerakyatan individu-individu seperti bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga yang dilihat berselindung di sebalik nama NGO dan memecah belahkan rakyat.“Sebaliknya kalau kita perkuatkan diri kita, sampai orang pun takut tengok badan kita begitu tegap sekali, kita tak perlu kepada bantuan lagi,” ujar beliau.Menyedari hakikat itulah katanya, kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan memberikan kemudahan pendidikan yang terbaik kepada rakyat di negara ini seperti menyediakan infrastruktur yang baik serta bantuan biasiswa kepada yang layak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana