Norman Toha : Hentam Khalid Samad Kaw Kaw Sehingga PAS Puak PAS Panas Telinga Dibuatnya...


SHAH ALAM 23 Feb - Perjuangan PAS kini tidak lagi berlandaskan paksi asalnya sebagai parti yang memperjuangkan Islam apabila parti tersebut  sanggup menggadaikan kalimah Allah semata-mata untuk menyokong parti kongsinya iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Norman Toha  berkata, fatwa kebangsaan diperingkat negeri sudah menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan untuk orang bukan Islam di dalam kitab suci dan amalan ibadat sebaliknya kalimah Allah hanya untuk orang yang beragama Islam sahaja.

"Fatwa jawatankuasa kebangsaan begitu juga elemen agama Islam diperingkat negeri-negeri sudah menyatakan tidak boleh dalam keadaan di Malaysia pada hari ini."Kalimah Allah tidak boleh diberikan atau digunakan oleh orang bukan Islam di dalam kitab suci dan amalan ibadat mereka," katanya ketika berucap di Majlis Selamatkan Aqidah, di sini, malam tadi.Jelasnya, PAS tidak menggunakan alternatif Majlis Syura Ulamanya untuk berbincang penggunaan kalimah Allah walaupun persidangan Majlis Syura Ulama Pas akan berlangsung selang lima hari dari tarikh pengumuman oleh pimpinan tertinggi PR.
"Saya melihat konsisten Pas sejak tahun 2010 membenarkan kemudian dipertegaskan pada 8 Jan 2013 walaupun mereka tahu Majlis Syura Ulama PAS mereka mahu bersidang lima hari selepas itu untuk membuat ketetapan yang baru kepada kedudukan kalimah Allah ini."Mereka tetap mahu menjadikan pendirian bersama tanpa menunggu majlis Majlis Syura Ulama PAS lima hari," jelasnya.Beliau menimbulkan rasa dukacita berikutan penggunaan kalimah Allah tidak ditarik semula sehingga hari ini menyebabkan beliau melihat terdapat dua keadaan didalam pentadbiran pemimpin PAS.

"Ketika pemimpin PAS bersama pemimpin PAS mereka kata kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam tetapi ketika bersama pemimpin PR berbeza pula...mereka kata boleh."Adakah para ulamak di dalam PAS tidak menyedari ini? adakah Majlis Syura Ulama tidak menyedari keadaan seperti ini? Jelas ini mengelirukan orang PAS dan lebih mengelirukan orang-orang yang bukan daripada parti PAS," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana