Nasharudin Terima Surat Pecat...Apa Boleh Buat PAS Sudah Hilang Pedoman Indentiti Lagi....


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akhirnya menerima surat penggugurannya daripada Majlis syura Ulama parti itu iaitu kira-kira 24 hari selepas beliau dipecat.Bagaimanapun sebab khusus penggugurannya daripada majlis berkenaan tidak dinyatakan dengan jelas dalam surat bertarikh Januari 14 itu.Mengesahkan bahawa beliau menerima surat itu pada Rabu, Nasharudin berkata tarikh yang dicop pada sampul surat Pos Laju berkenaan ialah 30 Januari.

"Surat bertarikh 14 Januari itu ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Syura. Sebab (pemecatan) tidak dinyatakan dengan jelas," katanya.Murysidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkata Majlis syura Ulama memutuskan untuk memecat Nasharudin pada mesyuarat pada 13 Januari lalu kerana beliau tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut.

Nasharudin bagaimanapun masih ahli PAS.

Comments

Bukankah agak pelik dengan perbezaan tarikh surat dan tarikh pejabat POS menerima surat tersebut. Mungkin kerana desakan dari pelbagai pihak tentang prosedur pemecatan Nasha. Tarikh surat 14 Jan, tetapi berdasarkan kenyataan Tok Guru Nik Aziz, tiada surat pun tidak mengapa, ini seperti mengesahkah bahawa surat tersebut pada asalnya tidak wujud.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana