Nasharudin bakal dipecat, kata pensyarah


SHAH ALAM: Nasharudin Mat Isa bakal dipecat dari PAS jika bekas ahli Majlis Syura Ulama itu kekal dengan sikapnya yang lantang menegur halatuju parti yang dilihat semakin menyimpang, kata penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Shukri Shuib.Beliau menjelaskan faktor pengaruh kepimpinan dalaman PAS bakal menjadi penentu kepada nasib Nasharudin yang turut tidak tersenarai dalam calon pilihan raya umum parti itu.Namun sekiranya Nasharudin sanggup bersekongkol dengan golongan PAS yang lebih liberal, maka keadaan itu akan berubah, kata Shukri."Itu bergantung kepada tindak tanduk Ustaz Nasha sendiri. Kalau Ustaz Nasha masih lagi berprinsip seperti prinsip yang jujur dan ikhlas seperti hari ini, tidak mustahil dia akan dibuang," katanya"Tak tahulah kalau pada masa depan Ustaz Nasha sanggup menggadaikan prinsip diri dia untuk bersekongkol dengan golongan-golongan yang mungkin memujuk dia untuk lebih liberal dalam PAS. Kalau ini berlaku, kemungkinan Ustaz Nasha akan kekal.

"Tetapi kalau dia masih tegar dengan prinsip perjuangan Islam, dan dia tidak sanggup menggadaikan perjuangan serta aspek-aspek dalam Islam, kemungkinan dia akan dipecat," ujarnya lagi.Nasharudin Mat Isa hari ini berkata beliau masih lagi komited sebagai ahli PAS walaupun telah digugurkan sebagai ahli Majlis Syura Ulama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana