Najib ulang janji pada rakyat P.Pinang


GEORGETOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulangi tiga janjinya kepada penduduk Pulau Pinang seperti yang diumumkan pada program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri itu baru-baru ini.Ia sekaligus mencerminkan betapa Najib begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan kesemua janjinya jika Umno Barisan Nasoinal (BN) berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.Tiga janji itu adalah membina lebih 20,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima lima tahun akan datang.Najib juga berjanji akan menyelesaikan masalah kesesakan trafik dengan menambaik baik sistem pengangkutan awam di negeri itu.Rakyat Pulau Pinang juga akan menikmati kemudahan sistem aliran ringan, Monorel yang sekaligus akan mengurangkan kesesakan lalu lintas.
"Saya dan kerajaan BN komited untuk membina 20,000 rumah mampu milik untuk lima tahun akan datang.

"Kita tahu sekarang Pulau Pinang menghadapi masalah trafik, saya dan kerajaan BN komited untuk selesaikannya dengan pembinaan sistem monorail dan saya juga komited untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 80,000 hadirin di Sekolah Tinggi Han Jiang, di sini hari ini.

Turut hadir dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri itu ialah Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen dan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon.Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan meluluskan permohonan Sekolah Tinggi Han Jiang untuk menaik taraf sekolah tersebut kepada kolej-universiti dalam bidang komunikasi dan media.Justeru katanya, kerajaan BN berbesar hati untuk mendengar suara rakyat bagi merealisasikan impian Wawasan 2020.

"Kita berbesar hati untuk menaik taraf sekolah ini kepada sebuah kolej-unversiti bagi jurusan komunikasi dan media," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh.Sementara itu, tinjauan Antarapos di majlis itu mendapati tiada sebarang kekacauan berlaku walaupun pihak kerajaan negeri cuba mempolitikkan majlis tersebut beberapa minggu ini.Hanya kelihatan adalah empat individu yang hadir memakai baju Bersih dan seorang memakai baju anti-Lynas.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng menyeru orang ramai supaya hadir pada majlis itu dengan memakai kemeja warna merah, hijau atau kuning bagi menunjukkan sokongan terhadap pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana