Najib selar cubaan PR cemari program BN


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan Pakatan pembangkang yang cuba mencemari majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang dengan unsur-unsur politik yang tidak ada kena mengena dengan tujuan ia diadakan".Najib berkata, ini kerana majlis tersebut diadakan semata-mata untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna kepada kaum Cina di negara ini.

Kata Najib yang juga pengerusi BN itu lagi, parti itu tidak pernah merosakkan majlis Pakatan."Mengapa majlis yang bertujuan baik hendak dicemar dengan unsur-unsur politik yang tidak ada kena-mengena dengan majlis berkenaan, kalau dia (pembangkang) hendak buat majlis, buatlah, kita tidak halang, kenapa nak turunkan poster 1Malaysia dan gambar saya, itu perayaan Tahun Bharu Cina," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara petang tadi.

Dalam pada itu, Najib juga turut menyindir DAP yang mengikut ala Gagnam Style dalam lagu "Ubah Gagnam Style"."Dia kata ubah DAP style, dia tiru Gangnam Style, walhal dia nak jemput Psy untuk satu majlis atas nama pakatan rakyat tetapi apabila Psy hadir majlis kita, rosak program dia lah, itu cerita sebenarnya, dia tak dapat, dia kutuk," kata Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana