Monorel dan Rumah Mampu Milik Menanti Warga Pulau Pinang.


Sistem monorel akan dibina di Pulau Pinang dalam tempoh lima tahun bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas sekiranya Barisan Nasional kembali diberi mandat di negeri itu.Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak - sistem itu dapat menyelesaikan masalah kesesakan di negeri itu selain meningkatkan kapasiti pengangkutan awam sedia ada.

Beliau berucap demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1 Malaysia anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Kolej Han Chiang.Tambahnya, rakyat di negeri itu boleh mengharapkan BN untuk menyelesaikan masalah aliran trafik yang semakin sesak di negeri itu.

Pada masa sama, Datuk Seri Najib turut mengumumkan akan membina 20 ribu rumah mampu milik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana