Memalukan PAS Saja Bukan Islam Mendesak Lim Guan Eng Meminta Maaf Kepada Umat Islam

Kalimah Allah : Guan Eng Didesak Mohon Maaf Secara Terbuka....


SEREMBAN, 4 Feb - Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Das Aseerpatham mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tetap enggan mohon maaf dalam isu kalimah Allah.Beliau mempersoalkan keengganan Setiausaha Agung DAP itu yang tetap berdegil dan menyifatkan tidak ada salahnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruh Malaysia."Saya tidak mahu bermain isu agama kerana tahu sensitivitinya. Sekiranya mohon maaf pun, kita tidak akan kehilangan apa-apa.

"Apa salahnya Guan Eng memohon maaf," katanya.

David Das juga menegaskan tidak perlu membandingkan kehidupan pelbagai kaum di negara ini dengan luar kerana kesesuaian persekitaran dan sikap toleransi antara kaum adalah tonggak keharmonian di Malaysia."Janganlah diungkitkan isu kalimah Allah ini kerana ia benar-benar menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam," katanya.Beliau turut memberitahu Sultan Selangor pernah menegur bahawa isu kalimah Allah tidak seharusnya diperbesarkan dan hanya diguna pakai untuk orang Islam.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi ini juga menegaskan pemimpin politik perlu tahu Rukun Negara dan salah satu daripadanya adalah kesetiaan kepada raja dan negara.Malah beliau turut menekankan titah Sultan Selangor agar jangan dibangkitkan lagi perkara ini namun pemimpin Pakatan Rakyat masih terus mempertikaikan isu kalimah Allah.

"Kita duduk dalam sebuah keluarga dan jangan cakap soal parti sekarang," tegas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana