MB Perak sokong syor Nasha agar PAS keluar Pakatan Rakyat

Bukan saja Menteri Besar Perak  malahan ramai bersetuju dan sependapat dengan mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa  bahawa PAS patut bergerak sendirian dengan meninggalkan Pakatan Rakyat.Dr.Zambry menambah melihat suasana parti itu sekarang  . . . . “sebagai satu cadangan datang daripada seorang bekas pemimpin tertinggi dalam parti, ia seharusnya difikirkan oleh mereka yang berada dalam parti.”

Beliau menegor PAS yang bersetuju bergabung dengan DAP dan PKR menggunakan kaedah tahaluf sayasi bagi membolehkan parti itu menerima DAP sebagai regu dalam Pakatan Rakyat.Katanya PAS pernah menggunapakai kaedah ini ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah yang nyata berakhir dengan kekeciwaan, kini mereka sekali lagi menggunakan kaedah ini.Untuk rekod, Ustaz Nasha menganjurkan PAS keluar dari pakatan pembangkang serta bergerak secara bersendirian “bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal releven sebagai parti yang memperjuangkan lslam.Katanya walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasas konsep tahaluf siyasi (muafakat politik), perlanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian lslam.

PAS ujar mantan Timbalan Presiden itu lagi perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.
Ustaz Nasha berpendapat kelantangan DAP dalam isu kepentingan lslam seperti isu kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu,sebagai “kewajaran PAS mengkaji semula tahaluf siyasi mereka.”Mengulas dengan lanjut mengenai tahaluf sivasi yang digunapakai PAS, Dr.Zambry berkata  PAS yang menghalalkan  ahli parti  serta penyokongnya mengundi DAP dan PKR dalam pilihanraya sebagai satu kesilapan yang dilakukan parti itu.Beliau memberi contoh bagaimana konsep ini dilanggari dan seringkali gagal apabila DAP seringkali mencampuri dalam urusan membabitkan agama lslam.

Dalam kongteks lini beliau berpendapat keterlalu-bergantungan PAS pada DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat sebagai kesilapan yang dibuat oleh PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana