MB: BN Terengganu yakin menang cemerlang


KUALA TERENGGANU -  Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yakin Barisan Nasional Terengganu mampu meraih kemenangan cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menambah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
 
Beliau yang juga pengerusi badan perhubungan Umno dan BN negeri berkata Umno dan BN yakin memperoleh sekurang-kurangnya 28 kerusi Dun berbanding 24 kerusi pada pilihan raya umum 2008 berdasarkan sokongan positif rakyat yang kian meningkat."Kita yakin dan meletakkan harapan boleh menang cemerlang kerana kita lihat sekarang rakyat berada di dalam keadaan mood yang baik dan iklim yang bagus."Kita sudah bagi semua untuk rakyat seperti bantuan sekolah, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Dana Remaja, membaiki rumah, buat rumah mampu milik dan segala-galanya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya Pergerakan Wanita Umno Dun Manir di sini hari ini.
 
Ahmad berkata, jika BN boleh merampas Dun Manir (yang dikuasai Pas sejak 20 tahun lalu) pelbagai projek pembangunan akan dilaksanakan di kawasan itu."Sekarang kita sudah bina lebih 400 buah rumah mampu milik, yang akan diagihkan selepas pilihan raya umum nanti. Kalau kita berjaya menawan Manir, kita akan tambah 1,000 unit lagi rumah mampu milik untuk penduduk di situ," katanya.Sementara itu, semasa merasmikan Balai Raya Kamung Binjai Manis dalam Dun itu, Ahmad berkata, kerajaan akan membangunkan kawasan itu sama seperti kawasan lain dan berharap rakyat memberi kerjasama dengan memberi mandat kepada kerajaan.
 
"Kita mahu kawasan ini turut membangun setelah lebih 20 tahun ketinggalan di bawah tampuk pimpinan pembangkang," katanya.Beliau turut meluluskan peruntukan segera bagi membina sebuah gelanggang futsal untuk Kampung Binjai Manis dengan peruntukan kira-kira RM150,000 yang dijangka siap dalam tempoh dua bulan.Terengganu mempunyai 32 kerusi Dun dan lapan kerusi Parlimen di mana BN menguasai 24 kerusi Dun pada pilihan raya umum 2008 manakala Pas memenangi lapan kerusi Dun. Enam daripada lapan kerusi Parlimen dimenangi BN.
 
Untuk rekod Pas pernah menang dengan majoriti besar di Terengganu pada PRU 1999 namun BN berjaya menebus kembali pada 2004. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana