'Lafaz cerai' pada Nasha sudah dibuat - PAS


PASIR PUTEH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyamakan pengguguran Nasharuddin Mat Isa sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS seperti kes cerai antara suami isteri.Beliau berkata 'lafaz cerai' sudah dibuat ke atas Nasharuddin dan tidak timbul isu perlucutan jawatan itu tidak dibuat mengikut prosedur."Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," kata Nik Aziz kepada pemberita semalam.Nasharuddin sebelum ini berkata beliau masih belum menerima surat berhubung perlucutan jawatannya secara rasmi dan menganggap pengguguran itu tidak mengikut prosedur.Nasha berkata, beliau hanya mengetahui mengenai penggugurannya melalui media.

Nik Aziz kemudiannya menegaskan tindakan Nasha mempertikaikan Majlis Syura Ulama PAS tidak mendatangkan masalah kepada parti."Dia nak pertikai, pertikailah... saya pengerusi (yang mempengerusikannya mesyuarat),  ia adalah keputusan muktamad Majlis Syura dan saya sebagai pengerusi majlis itu tetap dengan keputusan itu," katanya.

JANGAN TERLALU ANGKUH DAN SOMBONG LAH NIK AZIZ...TAHULAH NANTI RAKYAT AKAN MENGHUKUM PAS PADA PRU 13 NANTI...

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul