KL dan Singapura setuju bina kereta api laju...Inilah hebatnya PM Kita


SINGAPURA: Pemimpin Malaysia dan Singapura bersetuju dengan cadangan pembinaan kereta api laju yang menghubungkan republik itu dengan dan Kuala Lumpur.Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang sedang dalam lawatan rasmi di sini, dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong menyifatkan projek berkenaan sebagai 'pembangunan strategik'.Pembinaan rel tersebut akan menjadikan masa perjalanan antara kedua-dua bandar hanya kira-kira 90 minit.Tanpa menyatakan angaran kos, Najib berkata, projek itu akan menjadi titik perubahan dalam hubungan dua hala dan cara dunia melihat Malaysia dan Singapura.

Pembinaan sistem kereta api laju itu dijangka siap menjelang 2020.Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa, kedua-dua pemimpin turut membayangkan kemungkinan satu lagi jalan alternatif ketiga yang menghubungkan kedua-dua negara dibina.Mereka turut menjangkakan operasi terminal feri baru di Tanjung Puteri akan memulakan operasinya tahun ini.Pada Isnin, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan Hubungan Sistem Aliran Pantas (RTS) yang menghubungkan Johor Baru dan republik itu.Beliau berkata Malaysia dan Singapura mempunyai masa sehingga 12 bulan untuk memutuskan pilihan keutamaan bagi RTS dan di bawah fasa pertama adalah mengenal pasti pilihan skim penjajaran.

Difahamkan antara pilihan yang dipertimbangkan adalah jambatan atau terowong bawah tanah.-mstar online

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana