Kepada pengundi Muslim Selangor: Jangan mimpi PAS akan lindungi Islam di negeri Selangor!!


Puak PAS selalu kutuk UMNO konon memulakan industri arak di Selangor.

Lalu kita pun ingat kalau PAS dan PR perintah Selangor, industri arak dan jualan arak akan ditutup di Selangor sebelum ayam kokok sebaik saja PR perintah Selangor pada 2008.

PAS ada janji dulu nak tutup kilang arak Selangor sebelum ayam kokok kalau diberi peluang perintah Selangor..

Tapi bila PR perintah Selangor, PAS bukannya berusaha tutup kilang arak Selangor, dia beri sokongan moral lagi pada kilang Carlsberg tu!

Baca sendiri di posting ini tentang lawatan wakil Parlimen PAS, KHALID SAMAD, ke kilang arak CARLSBERG pada 5/8/2010..

Lawatan Khalid ke kilang Carlbserg tu bukan kerana nak suruh kilang tu tutup. Tapi nak tolong majukan lagi kilang tu!!

Ni sedutan tujuan Khalid Samad lawat kilang tu, dicopy paste dari blog Khalid Samad sendiri:
-------------------------------------------------
"Setelah selesai penerangan beliau, saya mula menceritakan hajat kunjungan kami ke kilang tersebut. Saya menjelaskan kepada Dato’ bahawa kedudukan kilangnya amat strategik dan walaupun dahulunya ianya dikelilingi hutan, sekarang ianya bagaikan mercu tanda pintu masuk ke Bandar Raya Shah Alam. Saya bertanya samada pihak kilang mempunyai apa-apa rancangan ‘extension’ atau pembesaran dan samada rancangan itu mungkin terlaksana di tapak itu atau memerlukan tapak yang lebih luas. Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan. Sekiranya itu merupakan satu kemungkinan, maka tapak kilang itu hendaklah kita ‘ear mark’ atau cadangkan sebagai tapak Terminal Bas Shah Alam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana