Karpal Singh Memang Keras KEpala : Keputusan Majlis Syura PAS Tidak Diterima


Peliknya PAS masih buat Bodoh jer yang apa karpal Singh katakan...semuanya PAS dikatakan Media UMNO pusingkan cerita ini.PAS sudah parah bercampur dengan ANWARINAS....Baik bubar lah saja PAS ni...masuk PKR DAN DAP.

GEORGETOWN 18 Feb - Keputusan Majlis Syura Ulama PAS melarang Kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam tidak akan mengubah keputusan Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) yang memutuskan sebaliknya.Menurut Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh, Mesyuarat Pemimpin Tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Januari lalu telah membuat keputusan dan tidak akan ada sebarang perubahan yang akan berlaku.

"PAS menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan."Majlis Syura Ulama PAS adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakil majoriti. Keputusan Majlis Syura tidak boleh atasi keputusan yang diumumkan ketiga-tiga pemimpin utama," katanya kepada pemberita baru-baru iniKarpal turut menyangkal dakwaan PAS akan meninggalkan PR sekiranya kerjasama antara DAP dan PKR merugikan Islam dan Orang Melayu.

“Pas keluar PR ‘jika’ kerjasama merugikan... perkataan ‘jika’ merupakan spekulasi, saya tidak pasti adakah Abdul Hadi berkata demikian. Adakah wartawan membuat liputan mempunyai bukti bahawa Abdul Hadi berkata demikian?," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana