Kalimah ALLAH Panassss : PAS, DAP terus bertelagah, PKR membisu


Ketika PAS dan DAP berterusan bertelagah mengenai penggunaan kalimah Allah untuk Bible Bahasa Melayu, rakan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil langkah berpeluk tubuh.
Tanpa sebarang usaha untuk menamatkan kemelut, tindakan PKR itu yang diterajui Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden yang lebih banyak berdiam diri, juga menimbulkan tanda tanya.

Banyak anggota akar umbi parti gabungan pembangkang bingung dan mempersoalkan kesepakatan yang kononnya utuh yang dicapai PAS, PKR dan DAP.

Selepas siri bantahan penggunaan kalimah Allah oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, kini Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib juga bernada sama bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tidak harus dibenarkan.

Persoalannya, apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik kekerasan Pengerusi DAP Karpal Singh yang bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu dan di mana peranan PKR untuk meredakan ketegangan yang tercetus di antara dua rakannya?

Karpal berkeras mempertahankan keputusan yang dibuat pakatan pembangkang yang diwakili Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Jan lepas bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Mengulas perkara itu, Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit ketua pembangkang berkata PKR tidak akan berani menyanggah pendirian DAP termasuk untuk menggunakan kalimah Allah kerana bermatlamat untuk meraih sokongan pengundi bukan Islam.

"Semua orang tahu PKR amat memerlukan DAP dan bagi PKR, PAS hanyalah parti sampingan di dalam pakatan pembangkang. Pada saya PKR punya pendirian menyokong DAP.

"PKR lebih rela mengambil hati orang bukan Islam dan tidak mempedulikan sentimen pengundi Islam. Itu sebabnya PKR tidak membantah apa sahaja yang dilakukan DAP," katanya lapor Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana