Isu Kalimah: DAP pertahan Karpal...Ada Segelintir Dalam PAS pun Ada Yang Menyokongnya


SHAH ALAM: DAP hari ini menegaskan bahawa pengerusi parti itu Karpal Singh mewakili DAP dan bukannya memberikan pendapat peribadi apabila menolak pendirian Majlis Syura bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menegaskan bahawa parti itu senada dengan Karpal yang mahukan Majlis Syura mengkaji semula ketetapannya melarang kalimah Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.Beberapa pemimpin utama PAS termasuk Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, Setiausaha Majlis Syura parti Nik Muhammad Zawawi dan Pesuruhjaya PAS Perlis menyifatkan Karpal sebagai menyuarakan pendapat peribadi apabila menentang ketetapan Majlis Syura itu.

Pemimpin PAS umumnya mendakwa isu kalimah Allah itu sudah selesai. Harun berkata PAS tidak perlu melayan kenyataan Karpal kerana pemimpin veteran itu “tidak tahu apa-apa mengenai PAS.”
Tony menegaskan bahawa Karpal mewakili DAP apabila beliau menggesa Majlis Syura menimbang semula ketetapannya supaya selari dengan pendirian yang diambil oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Januari.Pakatan pembangkang itu berpegang kepada pendirian umum Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah Allah asalkan tidak menghina Islam."Apa yang diminta oleh Karpal agar perkara ini dapat dipertimbangkan, kita tidak mendesak, kita tidak paksa, kita tidak ugut.

"Ini adalah pendirian parti (DAP). Kita hanya meminta pertimbangan seperti perkara-perkara yang lain," kata Tony kepada Antarapos ketika dihubungi.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengungkit semula isu kalimah Allah apabila mendesak Putrajaya membenarkan penggunaannya dalam Bible di Semenanjung.Desakan itu dibuat kerana DAP mensasarkan undi Krisitian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung pada pilihanraya umum ke 13.Kenyataan umum Hadi mengenai penggunaan istilah itu oleh bukan Muslim dilihat sebagai menyokong desakan Guan Eng itu.

Namun lima hari kemudian Majlis Syura badan tertinggi dalam PAS menjelaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu, sekali gus mengundang teguran daripada Karpal.Setakat ini Hadi masih belum membawa ketetapan Majlis Syura itu untuk pertimbangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.Dalam pada itu tokoh veteran DAP Dr Tan Seng Giaw pula menasihati semua pihak berkenaan supaya berhati-hati dalam memberi kenyataan yang membabitkan sensitiviti agama.

"Apabila kita membuat kenyataan mengenai agama kita mestilah berhati-hati supaya di dalam masyarakat majmuk kita, kita boleh hidup dengan aman damai sejahtera," kata beliau kepada Antarapos.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana