Isteri Sedih Tiada Di sisi Ketika Kematian Yahya Sulong....Al-Fatihah


KUALA LUMPUR:Isteri kepada pelawak Datuk Yahya Sulong iaitu Datin Alisah Ali kesal kerana tidak berada di sisi suaminya ketika pelakon veteran itu menghembus nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini malam Rabu.Alisah, 64, berkata, sejak suaminya dimasukkan ke HKL pada 11 Januari lalu, dia tidak berkesempatan untuk melawat Allahyarham disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.“Selama dia berada di HKL, saya tak sempat nak melawat dia kerana saya juga sakit dan terlalu uzur. Apabila diberitahu dia meninggal dunia, saya benar-benar terkejut,” kata Alisah yang ditemui mStar Online di hospital itu di sini pada Rabu malam.Yahya, 85, meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 petang akibat mengidap komplikasi pelbagai penyakit termasuklah asma sejak sekian lama.

Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul dekat sini.


Yahya (kanan) pernah menerima sumbangan ketika pelancaran Yayasan Artis 1 Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 November 2012. Kelihatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi sumbangan kepada Yahya.
Alisah berkata, kanser paru-paru pada tahap empat yang dihidapinya menyebabkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama Allahyarham kerana terpaksa mendapatkan rawatan hospital.Lebih menyedihkan, dia terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke mana-mana tempat selain mempunyai sumber pendapatan yang terhad iaitu bergantung pada bantuan daripada pihak Baitulmal sebanyak RM400 sebulan.Apa yang membimbangkan katanya, selepas kematian Allahyarham, dia seolah-olah tiada tempat bergantung dan memikirkan siapakah yang akan menjaganya jika dia ditimpa masalah.“Saya mengaku begitu sedih kerana tidak berada di sisinya. Banyak kenangan manis kami bersama sejak berkahwin pada tahun 1978. Selepas ini kalau saya sakit, siapalah yang hendak jaga saya?” katanya sedih. Hasil perkahwinan Yahya dan Alisah, mereka tidak dikurniakan anak sebaliknya Yahya mempunyai 11 orang anak dan enak orang cucu hasil tiga perkahwinan terdahulu.

Ia merupakan perkahwinan kedua bagi Alisah dan keempat buat Yahya.Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem dan drama antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.Yahya juga pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.Antara rakan artis yang kelihatan menziarahi jenazah Allahyarham di HKL ialah Harun Hashim, Hazimah Haroon (Kak Jem), Abu Bakar Omar, Ani Maiyuni, Datuk Seri Shah Rezza dan Danny (X-Factor).

Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan berdekatan kubur salah seorang isterinya di Teluk Intan, Perak pada Rabu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana