Himpunan Hijau nak bakar loji Lynas jika BN terus berkuasa... Apa pendirian pembangkang?


Ramai tertanya-tanya pendirian pembangkang dalam isu nak bakar kilang Lynas yang dibangkitkan oleh penyokong mereka sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak menutup loji itu apabila terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.Ini penting sebab ancaman tersebut membabitkan kemusnahan pelaburan dan jika tidak ada kata sepakat untuk menentangnya ia mungkin jadi 'trend setting' lepas PRU nanti.Antara yang tampil meminta pembangkang menyatakan pendirian mereka mengenai ancaman pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack itu adalah MCA.Pengerusi MCA Bahagian Bentong Datuk Hoh Khai Mun berkata DAP dan sekutunya dalam pakatan pembangkang seperti PASdan PKR perlu bertanggungjawab terhadap ancaman yang disuarakan Wong itu.Katanya akibat mengamalkan politik kebencian, DAP dan rakannya sering menyeru anggota mereka dan orang ramai supaya turun ke jalan raya bagi tujuan menggulingkan kerajaan.

"Kali ini, seorang daripada pengikut mereka bertindak terlalu jauh dalam menyahut seruan Pakatan (pembangkang) untuk menyalakan api kebencian, tanpa memikirkan kesan segera dan jangka panjangnya terhadap orang ramai," katanya.

Hoh mencabar DAP, PAS dan PKR menyatakan pendirian mereka tentang keghairahan Wong mengenakan tekanan terhadap pihak berkuasa tanpa sebab munasabah dan secara tidak langsung mempengaruhi orang ramai supaya melanggar undang-undang.

Hoh,yang juga anggota Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan berkata ancaman Wong untuk membakar sebuah bangunan itu samalah seperti mengugut kerajaan yang dipilih serta rakyat dan perbuatan itu boleh mencetuskan huru-hara.Semalam, Wong memberitahu portal berita The Malaysian Insider bahawa mereka (Himpunan Hijau) akan membakar kilang berkenaan sekiranya kerajaan yang baharu dipilih tidak menutupnya selepas pilihan raya umum 2013.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana