Hentikan Polemik Kalimah Allah - Mufti Kelantan


KUALA LUMPUR: Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menggesa masyarakat tidak kira apa jua fahaman politik supaya segera menghentikan perbuatan mempolemikkan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi menjaga kesucian agama Islam.Katanya isu itu tidak wajar dimainkan mana-mana pihak secara berterusan memandangkan Islam sudah menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan orang bukan Islam."Misalnya di Kelantan sendiri perkara ini sudah jelas termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 di bawah Seksyen 9 yang mana sudah termuat perkataan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Saya percaya di negeri-negeri lain pun ada enakmen ini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
"Kalau kalimah Allah dibenarkan guna dalam Bible versi bahasa Melayu, konteks pemahaman orang Kristian 'Allah' ada anak, sedangkan dalam Islam, Allah itu 'Tunggal'.. 'Esa'. Jadi 'keesaan' Allah tidak ada dalam konteks kefahaman mereka (orang Kristian). Sanggupkah kita sebagai orang Islam memfitnah tuhan kita sendiri, sedangkan tuhan kita 'tunggal'," katanya.

Mohamad Shukri berkata Islam melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam berdasarkan kaedah 'saatuzariah' iaitu pencegahan daripada terus berlaku benda yang diharamkan Islam.Beliau berkata semua pihak perlu mengenepikan agenda politik masing-masing dan tidak mempersenda agama Islam yang mana politik sepatutnya dijadikan alat untuk memperjuang agama Islam.Katanya penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam perlu dicegah secara efektif kerana bakal memberi kesan negatif terhadap pemahaman golongan muda berhubung agama Islam iaitu bahawa Islam sama dengan agama lain sehingga menularnya budaya fahaman pluralisme agama.

"Saya bimbang sekiranya tidak dicegah lebih awal, orang-orang muda yang kurang tahu soal hukum hakam agama Islam, akan berfahaman semua agama sama sahaja nanti," katanya.

Comments

Unknown said…
kdg kala tak faham la ngan org politik ni.. suka meletakkan politik mengatasi agama..
ziarah blog saya juga ye...

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana