Hadiri Majlis Dong Zong – Najib Lakar Sejarah Negara


KAJANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melakar sejarah menjadi perdana menteri pertama menghadiri aktiviti anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sejak 59 tahun penubuhan persatuan itu.

Kehadiran Najib pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di sini pada kira-kira pukul 9.45 pagi disambut Pengerusi Dong Zong Dr Yap Sin Tian serta wakil-wakil persatuan lain.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Perdana Menteri turut menyertai acara “Lao Shang” dan menulis kaligrafi yang membawa makna “menyambut tahun baharu bersama-sama”.

Acara kaligrafi berkenaan juga disertai Dr Yap, Timbalan Pengerusi Dong Zong Chow Siew Hon, Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Ong Chiow Chuen dan Pengerusi Merdeka University Berhad Foo Wan Thot.

Najib bersama tetamu kemudiannya menikmati hidangan sambil dihiburkan dengan persembahan pentas.

Lebih 5,000 tetamu turut hadir pada majlis itu dan mereka dihiburkan dengan persembahan tarian singa, persembahan muzik dan nyanyian tradisional Tionghua.

Orang ramai rata-rata teruja dengan kehadiran perdana menteri serta tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu semasa beliau hendak meninggalkan majlis kira-kira pukul 10.30 pagi.

Majlis tersebut dianjurkan bersama Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Merdeka University Berhad, Persekutuan Persatuan-Persatuan Tiong Hua daerah Hulu Langat, Dong Jioa Zong Higher Learning Center, Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina setiap negeri dan Kolej New Era.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Dong Zong Chow Siew Hon ketika ditemui pemberita berkata kehadiran perdana menteri memberi satu permulaan baik kepada penambahbaikan sekolah aliran Cina.

“Jelas kelihatan keikhlasan perdana menteri ketika hadir pada majlis hari ini dan kami gembira dengan kehadiran beliau,” katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana