Hadi Berkokok Beb: Nasharudin cuma ahli PAS biasa

POKOK SENA: Nasharudin Mat Isa kini hanyalah seorang ahli biasa parti selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu dipecat daripada menganggotai Majlis Syura Ulama parti.Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, malang bagi UMNO kerana mendapatkan bantuan daripada seorang ahli biasa parti itu.Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan maksud bantuan tersebut tetapi dipercayai berkaitan penyertaan Nasharudin bersama rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.
"Dia ahli biasa PAS. Sangat malang bagi UMNO tiada orang, terpaksa ambil bantuan ahli biasa PAS," katanya kepada pemberita selepas ceramah perasmian Karnival Kedah Sejahtera PAS Kawasan Pokok Sena di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai status Nasharudin selepas dipecat sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini mengesahkan menggugurkan keanggotaan Nasharudin kerana didakwa telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah yang telah ditetapkan oleh badan tertinggi parti itu.
 Keputusan mengenainya dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana