Drama Khalid mahu bubar DUN Selangor


Pada masa sama, beliau berhasrat menasihati Sultan Selangor membubarkan Dewan Undangan Selangor selepas perayaan Chap Goh Mei pada 25hb Februari.Persoalannya ialah, bagaimana Khalid bercadang mengambil alih SYABAS, Splash, Abbas dan Puncak Niaga jika beliau hanya memimpin sebuah kerajaan peralihan (caretaker) apabila DUN dibubarkan?Sebenarnya jika kenyataan Khalid diperinci, ia lebih retorik, bertujuan mencari publisiti murah supaya beliau, PKR dan kerajaan negeri nampak gah.

Pada realitinya dalam isu pengambilalihan empat syarikat konsesi berkenaan, Khalid sebenarnya tidak ada kuasa untuk memaksa empat syarikat konsesi terbabit menerima pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri.

Beliau juga tidak ada kuasa untuk memaksa syarikat berkenaan merujuk soal pampasan itu kepada badan timbang tara bebas.Jadi kenyataan Khalid kononnya kerajaan negeri akan mengambil alih empat syarikat berkenaan dalam tempoh 2 minggu daripada 4 Februari tidak masuk akal dan tidak menepati mana-mana undang-undang pengambilalihan syarikat.Persoalannya ialah kenapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian? Jawabnya ialah pilihan raya semakin hampir dan kerajaan negeri “dilondehkan” awal Januari dengan 15 penjelasan SYABAS kenapa krisis air berlaku di Lembah Kelang.

Justeru timbul rasa terdesak Khalid untuk memaparkan diri sebagai jaguh rakyat menangani isu air.

Jadi awal-awal lagi rakyat Selangor harus diberi peringatan bahawa Khalid tahu beliau tidak boleh mengambil alih empat syarikat konsesi itu selagi beliau tidak menyelesaikan isu pampasan menurut lunas-lunas yang ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana