Derita Orang Asli tiada kesudahan...


Dahulu kaumnya masyarakat Orang Asli suku Temiar yang mendiami Kampung Seng Sang di Lojing Gua Musang hidup aman damai dengan menjadikan kehidupan alam di kampung itu sebagai punca rezeki mereka.
Kini tidak lagi apabila Sungai Belatop yang terletak bersebelahan kampung itu sudah tidak bererti lagi malah hutan tempat mereka berburu juga seolah-olah hilang daripada pandangan.Air sungai itu kini berkeladak dan hutan rimba bertukar wajah apabila hasil hutannya seperti balak yang tinggi nilai hasilnya digondolkan dan diganti dengan sayur-sayuran yang bukan lagi milik mereka."Kawasan perkampungan ini adalah yang paling hampir dengan Lojing dan sungai yang mengalir dari kawasan pergunungan ini adalah punca utama penduduk Lojing mendapatkan bekalan air minuman.

"Namun kini, air sungai semakin tercemar kerana kegiatan untuk tanah pertanian yang semakin menjadi-jadi. Sekarang ini ikan mati, katak mati, orang pun boleh mati," kata Alang.Terdapat lebih 50 keluarga masyarakat itu di kampung tersebut yang sebahagiannya beragama Islam yang selama ini hidup dengan hasil hutan itu.Sejak 1995, keadaan mula bertukar apabila kerajaan Kelantan membenarkan beberapa syarikat menggondolkan kawasan persekitaran bagi syarikat berkenaan mengusahakan tanaman sayur-sayuran.
Kawasan hutan yang dianggap tanah adat masyarakat itu yang digondolkan tanpa kawalan menggusarkan masyarakat berkenaan apabila sungai berkenaan dilaporkan sebagai antara sungai paling tercemar di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana