DBKL beri angpau RM150 pun pembangkang bising...Sikap Bodoh Sombong..Tak Tahu Bersyukur


Ini betul-betul ‘low class’ punya politik...ataupun Tan Kok Wai sudah tak ada modal nak suruh orang ingat sebab beliau wakil rakyat DAP yang akan bertanding lagi di Parlimen Cheras pada PRU 13.

Jika tidak mustahil Tan bising-bising pasal angpau Tahun Baru Cina RM150 sumbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada penghuni pangsapuri kerajaan.

Tan dalam satu sidang media bersama 10 orang wakil keluarga tersebut pada Khamis berkata, DBKL sepatutnya menambah jumlah bantuan angpau 1Malaysia itu kepada RM500 dengan mengambil kira keadaan inflasi.

Beliau mendakwa DBKL dengan peruntukan sebanyak RM2.18bilion tidak sanggup membelanjakan RM300 sebagai angpau atau secara keseluruhannya RM135,000 untuk 450 keluarga miskin.

Sebagai wakil rakyat, Tan patut bersyukur kerana DBKL yang sediakan angpau tersebut.Sepatutnya, beliau yang kena bagi angpau atas kapasiti sebagai wakil rakyat.Sebaliknya, beliau banyak cakap pulak sedangkan menurut timbalan ketua pengarah DBKL Mohd Amin Nordin Abdul Aziz, DBKL mula mengedarkan sumbangan sebanyak RM150 untuk sambutan Hari Raya dan Deepavali pada tahun lalu tetapi tidak menerima apa-apa sungutan.

Lagipun, jumlah pemohon bantuan tersebut sudah meningkat.Jelaslah pembangkang semakin senak perut dan sesak nafas dengan macam-macam bantuan kerajaan dan agesi berkaitan beri kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan.Kerajaan beri bantuan BR1M RM500 pun mereka bising.Elok juga mana-mana yang tidak puashati dapat RM150 dari DBKL minta Tan tambah pulak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana