'Dataran Tahrir' di KL selepas PRU 13?...ini komen Najib
Sejarah pilihanraya umum dan pilihanraya kecil,pembangkang yang banyak cetuskan 'macam-macam' bila mereka tewas.Ada saja yang didakwa tidak kena.Sebaliknya Barisan Nasional sentiasa menerima dengan hati terbuka apa jua keputusan termasuk tsunami pilihanraya umum Mac 2008.Begitu juga ketika tewas dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu.Apakah pembangkang nak buat kecoh jika kecundang pada pilihanraya umumm ke 13 nanti?Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad awal-awal minta rakyat waspada pada kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah.
Diminta mengulas hal ini,bagi Datuk Seri Najib Tun Razak semua pihak kena berpegang kepada "rule of law"."Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC petang Jumaat.Oleh itu beliau berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.Katanya pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat.Najib berkata sekiranya pembangkang tidak menghormati undang-undang, ia akan mewujudkan satu keadaan yang menolak "rule of law" atau kedaulatan undang-undang dan kesannya adalah buruk kepada negara.
Katanya beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih.

Comments