DAP mangsa politik baling batu sembunyi tangan


Kerapuhan Pakatan Rakyat yang seringkali dinafikan oleh pemimpinnya terserlah awal minggu ini, apabila Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng bertikam lidah. Boo secara terbuka mendakwa Chua cuba melancarkan kempen secara sulit terhadap DAP di Johor.
Apa yang menarik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan segera mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua pemimpin telah diarah supaya menutup mulut dan tindakan itu direstui oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.Namun Lim langsung tidak menegur kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menyelar Chua dan mendakwa bekas Menteri Kesihatan itu memang tidak boleh dipercayai.

Karpal bukan sahaja menyokong Boo tetapi menegaskan keluhan pemimpin muda partinya itu sememangnya ada asas."Kredibiliti Chua Jui Meng mencurigakan. Pembabitan lama beliau dalam MCA dan kegagalan untuk menjadi presiden parti itu pada tahun 2004 dan keghairahan untuk mencari kerusi Parlimen mendedahkan belang sebenar beliau,” kata Karpal dalam kenyataan medianya.Sememangnya, ramai yang beranggapan Karpal yang kini meniti senja usianya tidak mungkin mengecam Chua tanpa restu daripada supremo DAP, iaitu Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Modus operandi yang sama digunakan oleh DAP terhadap PAS apabila berdepan dengan isu negara Islam dan penggunaan kalimah Allah. Guan Eng dan Kit Siang cuba "bersembunyi" di belakang Karpal dan dalam isu Johor, taktik yang sama digunakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana