Cukup-cukuplah PAS gertak Karpal Singh... Cakap saja tak guna!


Ini kes lebih banyak cakap tapi tak berani buat apa-apa, Majlis Syura Ulama PAS kini terpaksa tanggung malu kerana Karpal Singh dan DAP terus memperlekeh badan tertinggi parti itu dalam isu Kalimah Allah.Lebih malang Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Harun Taib dianggap DAP sebagai pemimpin biasa dan tidak mewakili PAS Pusat yang membuat ketetapan bersama DAP dan PKR membenarkan kalimah itu digunakan bukan Islam.Dalam erti kata lain, DAP dan Pengerusi parti itu betul-betul sudah melampau dan seolah-olah sengaja mencabar PAS dengan kenyataan tersebut kerana melihat Mursyidul Am Datuik Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak nampak ‘marah’ terhadap DAP dan Karpal.

Kalau setakat Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh keluar kenyataan bahawa majlis itu sanggup ambil tindakan tegas terhadap Karpal, ianya langsung tidak gugurkan walau sehelai bulu roma ahli parlimen Bukit Gelugor itu.Kenyataan Hadi kononnya PAS sedia keluar pakatan rakyat jika kerjasama dengan DAP dan PKR merugikan Islam sekadar nak ambil hati penyokong dan ahli-ahli PAS yang semakin ramai tidak puas hati cara parti itu berdepan sekutu mereka dalam isu kalimah Allah.

Begitulah cara PAS berpolitik...kalau kata mereka jual agama, mereka marah tetapi jika Hadi fikir pasal untung rugi, itu cakap-cakap orang berniaga.Malangnya dalam isu kalimah Allah, PAS yang semakin rugi malah harga majlis syura dan ketua dewan ulama semakin jatuh dengan kecaman dan penghinaan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana