Carca Marba Betul Lah PEmimpinan PR ni...Otak Sakit kot


PETALING JAYA: PKR masih lagi di peringkat perbincangan sebelum memutuskan untuk memberikan 'lampu hijau' kepada Selangor untuk membubarkan DUN Selepas sambutan Chap Goh Meh, walaupun tanpa persetujuan Putrajaya, seperti yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu lalu.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini parti masih dalam proses perbincangan dan belum mempunyai keputusan rasmi bersabit isu itu.

"Kita masih mengadakan perbincangan tersebut dan akan terus berbincang," katanya kepada pemberita dalam sidang medianya di sini sebentar tadi.

Awal minggu ini, Khalid berkata kerajaan negeri Selangor bercadang untuk membubarkan DUN selepas sambutan Tahun Baru Cina. Bagaimanapun katanya, ketetapan itu hanya akan diambil setelah Pakatan Rakyat membuat keputusan terlebih dahulu.

Khalid dilihat agak bersendirian dengan cadangan itu kerana kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan bersetuju "menunggu" lampu hijau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana