BR1M 3.0 jika terus sokong BN...Alhamdulilah


KULAIJAYA - Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.

"Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0," katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.Beliau berkata, jika mahukan agenda transformasi ekonomi negara yang memberi pelbagai manafaat kepada rakyat itu diteruskan, maka kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini.
"Jikalau mandat itu diberikan (kepada kerajaan BN) untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat, Malaysia akan mempunyai masa depan yang cukup hebat dan cemerlang," katanya yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana