BR1M 2.0 cermin upaya kerajaan....Rakyat Patut Memberi Sokongan Yang Terbaik Pada Kerajaan.....


AMPANG: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 adalah manifestasi kepada kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) di dalam melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat Malaysia, ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pemangkin kepada kejayaan merealisasikan perkara tersebut menurut Najib adalah urus tadbir ekonomi yang berkesan yang diterapkan di dalam mentadbir negara ini dengan baik.“Bantuan ini adalah merupakan satu janji kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Malaysia. Janji kita janji ditepati. Kita menepati janji kita.“Bila kita janji BR1M satu, kita telah tunaikan janji kita. Bila kita janji BR1M 2.0, kita telah laksanakannya hari ini.
“Janji BR1M kita boleh tunaikan kerana kita telah mentadbir negara dengan baik..kita telah uruskan ekonomi dengan lebih berkesan,” jelas beliau.Hasil daripada komitmen kerajaan di dalam menunaikan janji-janjinya kepada rakyat menurut Najib telah berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN yang sebelum ini dilihat telah sedikit merosot.Kegagalan Pakatan Rakyat (Pakatan) menunaikan janji-janjinya sebelum ini terutamanya di Selangor kata Najib turut memberikan kelebihan kepada BN.
Rakyat di Selangor katanya jelas kecewa dengan keengganan kerajaan negeri yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk melaksanakan janji-janji yang dikemukakan.“Pemimpin yang ada nilai diri adalah seorang yang percakapannya boleh dipegang oleh rakyat. Apabila dia janji kepada rakyat, ia mesti ditunaikan.“Dalam Islam, sifat orang munafik ini adalah berbohong ketika bercakap, berjanji tidak ditunaikan dan tidak amanah apabila diberikan tanggungjawab.“Tanyalah ibu-ibu tunggal di Selangor, janji elaun bulanan sudah dapat? Tak dapat..Tanya mereka yang ada kedai-kedai, cukai pintu naik di Selangor..Sebelum pilihan raya semuanya janji manis. Tapi sebahagian besar dari janji mereka tidak ditunaikan dan jadi janji kosong.
“Sebab itulah rakyat sudah yakin dengan BN..rakyat Selangor sudah kembali yakin dengan BN,” tegasnya lagi.Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Penyerahan BR1M 2.0 di Taman Dagang, Ampang, hari ini.Menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi, Najib menyeru para pengundi di Selangor supaya kembali memilih BN untuk mewakili mereka demi kebaikan.
“Lima tahun sudah cukup untuk kita menilai. Masanya sudah cukup untuk kita lakukan perubahan. Kita kena pastikan bumi Selangor ini akan kembali ke pangkuan BN,” gesanya.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana