BN menang majoriti mudah di Kedah: Penganalisis...Tamparan hebat buat PR


ALOR SETAR: Penganalisis politik membayangkan Barisan Nasional (BN) akan menang majoriti mudah di negeri Kedah mengambil kira kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti undi kurang daripada 1,000.Menurut pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed, BN perlu meletakkan sasaran merampas kerusi di beberapa kawasan seperti Ayer Hitam, Bukit Lada, Kota Darul Aman, Kubang Rotan, Jerai, Pantai Merdeka dan beberapa kerusi lain yang dimiliki pembangkang.
Katanya kemenangan di lima hingga enam kerusi DUN bakal mengembalikan mandat kepada BN walaupun hanya dengan majoriti mudah."Saya melihat bahawa berdasarkan kepada statistik banyak kerusi-kerusi yang undi majoritinya kurang daripada 1,000 ini merupakan satu peluang.
 
"Jadi saya kira itu boleh diberi perhatian, kalau kita tengok (sekarang BN miliki) 14 (kerusi) misalnya BN lima (kerusi lagi) sudah pasti boleh (dapat) di mana sabotaj yang saya kira tadi undi rosak itu, Insya-Allah, boleh dapat lima kelebihan. 
 
"Jadi saya kira nak dapatkan 'simple majority' bagi Barisan Nasional (di Kedah) tidak sukar," katanya. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri Kedah selepas menang 20 kerusi dengan menewaskan BN yang hanya memperolehi 14 kerusi.Rata-rata kerusi pembangkang dimiliki oleh PAS (16), manakala PKR (3) dan DAP (1).Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari PAS dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.
 
Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap Azizan
 
Namun selepas lima tahun memerintah, pentadbiran Kedah dipalitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk aktiviti pembalakan tidak terkawal selain mengeluarkan garis panduan tidak munasabah berkaitan persembahan sambutan Tahun Baru Cina di negeri itu.Menurut Ahmad Martadha, kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS kini berdepan dengan beberapa isu yang dilihat memberi cerminan kepada gagalnya pentadbiran mereka selama lima tahun di Kedah.
Beliau menjelaskan bahawa rakyat menilai setiap aspek yang dilaksanakan pemerintah justeru membayangkan bahawa majoriti rakyat di negeri itu telah hilang kepercayaan terhadap pentadbiran kerajaan PAS.
 
"Salah satu punca dan penyebab yang mungkin akan menyebabkan kerajaan PAS akan kalah ialah kerana dari sudut mereka tidak memahami sistem pentadbiran yang ada di negeri Kedah.
 
"Kerana kita tahu bahawa negeri kita merupakan sebuah negeri yang mempunyai sejarah negeri yang cukup panjang, kerajaan negeri Kedah terutamanya pentadbiran negeri Kedah 1905 telah ada KCS, telah ada Kedah Civil Servisnya sendiri."Jadi sebab itulah, apabila kita dapati ada kecelaruan dalam pentadbiran, terutama dalam kalangan ahli-ahli PAS yang tidak begitu memahami sejarah pentadbiran Kedah menyebabkan hubungan di antara pentadbir negeri dan juga di antara kerajaan negeri itu bergolak," katanya lagi.
 
Justeru bagi memenuhi hasrat BN untuk merampas semula Kedah, Ahmad Martadha menggesa seluruh pimpinan politik negeri untuk bergabung tenaga dan bekerjasama bagi menampakkan usaha untuk merampas kembali negeri itu."Saya lihat pemimpin-pemimpin veteran, pemimpin-pemimpin muda generasi sekarang yang bercita-cita untuk jadi pemimpin mereka perlu menggembeleng tenaga duduk bersama-sama."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana