Beri undi pada PAS haram - bekas S/U Dewan Ulama


KOTA BHARU: "Memang benar, tepat, beri undi kepada PAS adalah haram."

Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah haram.Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana PAS sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.

"Walaupun dia (PAS) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.
"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia.Sebelum ini beberapa NGO yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharaan memberi undi kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram.

Pertubuhan dibarisi Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan pendita turut menegaskan perjuangan menentang PAS adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvanis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.Mengulas lanjut pendirin NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara pengasas penubuhan PAS dinegeri ini berkata, tanggapan PAS bersubahat dalam isu yang menyentuh sensitiviti umat islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP.Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Isam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.

"kita kena ingat, syurga bukan hak kita. Tidak ada istilah undi PAS masuk syurga atau sebaliknya," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana