Awas selepas PRU 13.... Dr Mahathir


Perkara macam ini kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, perlu dipandang serius.

Amaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan 'engineer' demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia perlu diberi perhatian berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri."Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam entri terbaharu dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc hari ini.

Entri terbaru itu ditulis sebagai respons kepada janji Anwar untuk mengatur "Arab Spring" di Malaysia seperti dilaporkan di Australia.Dr Mahathir berkata, Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang -- sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' -- bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.Memberikan perspektif lebih jelas, Dr Mahathir berkata Anwar telah menganjurkan demonstrasi setiap Sabtu apabila beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang telah menjejaskan perniagaan di Kuala Lumpur berikutan orang ramai mengelak daripada pergi ke ibu kota.

"Anwar tahu akan impak teruk daripada demonstrasi besar-besaran yang beliau anjurkan itu terhadap ekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia mungkin dapat didesak untuk mengundi partinya bagi mengelakkan ekonomi mereka terjejas oleh demonstrasi."Adalah amat menyedihkan bagi Malaysia jika ugutan sebegini dibuat untuk memenangi pilihan raya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana