Ali Rustam ke Pusat: Tunggguu... kata Najib


Ramai yang hendak tahu apa keputusan Presiden UMNO berhubung hasrat Datuk Seri Mohd Ali Rustam hendak bertanding kerusi Parlimen kali ini.Mohd Ali sebelum ini mengesahkan bersedia bertanding kerusi Parlimen pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.Bahkan, Ketua Menteri Melaka itu sendiri kata sudah bagitahu Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau bersedia terima apa saja keputusan Presiden UMNO itu.

Najib sendiri tidak beri indikasi jelas, cuma ketika ditanya di sidang media MT UMNO petang Jumaat, jawab Najib "Tunggu sehingga senarai calon diumumkan," disambut gelak ketawa pucuk pimpinan UMNO yang lain.Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999.

Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana