ALHAMDULILLAH.......36 AHLI TEGAR PAS SERTAI UMNO.


TANAH MERAH 1 Feb. - "Pas sudah berubah. Parti itu kini sudah jauh dari landasan perjuangan Islam yang dipegang selama ini demi menjaga kepentingan sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP."

Itulah luahan ikhlas dari seorang ahli tegar Pas, Meli Awang Seman, 63, yang kecewa dengan parti itu dan mengambil keputusan untuk menyambung wadah perjuangannya bersama UMNO yang ternyata lebih mengutamakan rakyat, agama, bangsa dan negara.

Meli adalah di antara 35 ahli tegar Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau di sini yang mengambil keputusan menyertai UMNO.

Borang menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh Meli selaku wakil kepada ahli Pas yang lain kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Baharudin Yusof dalam satu majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang di Kawasan Rukun Tetangga Taman Barakah di sini malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana