Acah bubar DUN Selangor: Khalid terjerat...Kebodohannya


Silap haribulan ini yang dikatakan sengaja nak cari penyakit.Tak taulah samaada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengatur suatu strategi cukup istimewa yang tersimpan rapi dalam poketnya untuk buat kejutan.Apapun selain menunggu Datuk Seri Najib Tun Razak palu gong Pilihanraya Umum ke 13,pasti ramai yang akan terus mengintai gerak langkah Menteri Besar Selangor itu.Ini gara-gara kenyataan beliau pada 30 Januari lalu yang dinilai tidak lebih dari acah saja nak bubar Dewan Undangan Negeri Selangor selepas sambutan Chap Goh Meh pada 25 Februari ini.Alasan beliau konon hendak mendesak Perdana Menteri agar segera mengumumkan tarikh PRU13 terus dilihat macam satu jenaka.Apa tidaknya...kalau rakan sejawatnya dari Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri sudah kata mereka nak ikut tarikh pembubaran Parlimen yang akan diumumkan oleh Najib.


Hari ini 12 Februari....Chap Goh Meh 25 Februari.Masanya tidak lama...sekitar dua minggu lagi drama ini akan berakhir.Ditanya mengenai perkembangan acah beliau itu,Khalid berkata beliau akan mengadakan perbincangan minggu depan mengenai tarikh pembubaran DUN Selangor bersama sekutu dalam Pakatan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri  berkenaan."Saya cakap selepas Chap Goh Meh baru kita buat beberapa keputusan (mengenai bubar DUN), jadi lambat lagilah.

"Saya akan buat beberapa pengumuman minggu depan selepas saya adakan perbincangan," katanya selepas menghadiri sambutan Jubli Intan Masjid Ar Rahman, Kampung Bukit Badong.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul