70 anggota SAPP Beaufort sertai Umno...Alhamdulilah


BEAUFORT: Sebanyak 70 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) di sini meninggalkan parti pembangkang itu untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut.

Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian Umno kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dalam majlis silaturahim bersama pemimpin yang diadakan di Kg Binunuk di sini semalam.

Azizah yang mengalu-alukan penyertaan mereka berkata keputusan anggota SAPP meninggalkan parti itu dibuat kerana mereka kecewa dengan pucuk pimpinan parti berkenaan yang tidak menepati janji.

“Mereka tertarik dengan cara kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji dan itulah yang menjadi kehendak mereka selama ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Saidi yang menganggotai jawatankuasa SAPP Beaufort sejak 2008 berkata beliau dan anggota yang lain kini sudah hilang keyakinan terhadap parti itu.

Beliau mendakwa SAPP tidak pernah prihatin terhadap nasib rakyat sebaliknya hanya pandai menabur janji kosong.

“Janji hendak beri bantuan itu, bantuan ini tetapi akhirnya yang tampil menghulurkan bantuan kepada kami hanyalah BN,” katanya.

Sejurus selepas majlis itu, Azizah menghadiri program Skim Rondaan Sukarela (SRS) Dekat Di Hati Peringkat Daerah Beaufort yang berlangsung di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lubak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana