Ulama Umno sambut baik cadangan Haron Din
SHAH ALAM: Ulama Muda Umno-Barisan Nasional (BN) menyambut baik cadangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din bahawa perlu ada satu undang-undang diperkenalkan bagi menjaga kepentingan penggunaan kalimah Allah daripada digunakan dalam kitab agama bukan Islam.
Sehubungan itu, Fathul Bari Mat Jahaya mahu pihak bertanggunjawab mengkaji cadangan tersebut dengan lebih meluas agar ia boleh diperuntukkan dalam satu peruntukan baharu."Saya menyambut sangat baik cadangan (Ustaz Haron Din), cumanya undang-undang tersebut perlu diletakkan di bawah satu peruntukan baharu iaitu peruntukan tersebut lebih umum berkenaan larangan hormat-menghormati antara agama."Di mana di bawahnya itu kita meletakkan larangan menghina Islam dan mana-mana agama di dalam negara ini dan di bawah itu kita boleh maksudkan erti penggunaan kalimah Allah, yang mana konteks dalam peruntukan negara kita, kita melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan kitab-kitab tulisan mereka," katanya kepada Antarapos.Katanya, cadangan Haron Din itu perlu dipandang serius kerana jika tiada usaha dan iltizam sebegitu berkemungkinan besar pelbagai polimek lain akan timbul dengan meremehkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di negara ini.
"Bila kita kurangnya pengetahuan terhadap undang-undang ini, pasti akan berlaku kritikan yang berterusan contohnya Patrick Teoh, Norman Fernandez yang mengkiritik pemuda PAS tentang isu Elton John yang (gay) yang mahu buat konsert di negara kita.
"Bila Ketua Pemuda PAS mengkritik Elton John adalah model atau ikon yang tidak baik untuk ikon atau remaja-remaja Islam di dalam negara kita," ujarnya.
Malah, Fathul menegaskan adalah
malang bagi parti Islam itu jika memandang sepi cadangan Haron Din kerana ia disifatkan sebagai cara terbaik dalam menjaga kepentingan agama Islam apatah lagi ia datang dari seorang ulama."Sebab Islam adalah agama Persekutuan, bila agama Persekutuan, kita ada autoriti, maksudnya hal-hal berkaitan dengan Islam perlu didahulukan."Jadi undang-undang di antara agama itu perlu diwujudkan. Jadi saya minta ada peruntukan larangan terhadap penghinaan terhadap agama Islam demi menjaga perpaduan rakyat di dalam negara ini," katanya.Malah, Fathul menambah satu perbincangan di peringkat yang lebih tertinggi juga perlu dilakukan dengan segera bagi mengekang polimek ini dari terus membarah.
"Cadangan perlu dibincangkan dengan segera di peringkat yang tertinggi. Saya setuju dengan cadangan Datuk Haron Din supaya kita kembangkan undang-undang antara agama ini kerana ia adalah penting," ujarnya.Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika dihubungi Antarapos berhubung cadangan tersebut enggan mengulas lanjut.Malah ketika diminta memberi pandangan peribadinya bersabit cadangan Haron Din itu, beliau sekali lagi cuba mengelak dari mengeluarkan sebarang kenyataan."Saya tidak mahu komen sebab saya bukan dalam bidang itu, saya bukan dalam bidang ulama hal itu, jadi bagi saya, saya tidak mahu komen apa-apalah hal itu," katanya.
"Saya tidak mendengar ucapan penuh dia (Datuk Harun Din) jadi saya tidak berani kata sokong atau tidak dan saya tidak mahu komen apa-apa," ujarnya.Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dalam satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi mahu undang-undang diperkenalkan supaya penggunaan kalimah Allah hanya untuk Muslim dan tidak boleh digunakan dalam kitab agama bukan Islam."Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang,” kata beliau."Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka,” tegas beliau.
Cadangan pemimpin tertinggi PAS itu dilontar dua hari selepas PKR menolak pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.


Comments