Ulama Pas Tegas, Kalimah Allah Hanya Untuk Orang Islam....Mana Satu Yang Betul Ni.....Alahaiii PAS PAS
KUALA LUMPUR 9 Jan - Ulama PAS tetap dengan
pendiriannya bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam dan
penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.
Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan pengunaan
kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam dan ia perlu dipertahankan dalam
apa jua keadaan dan memastikan bahawa penganut agama lain tidak
menggunakannya.
"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah)
sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud
Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan
sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran."Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah,
maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya.Penegasan yang dibuat oleh Harun itu jelas
bercanggah dengan pendirian parti pembangkang yang mengumumkan bahawa kalimah
Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak
lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.
Tambahnya, penggunaan kalimah Allah dalam Bible
dikhuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang."Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa
depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang
Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," katanya.Semalam, PAS menyatakan parti itu kekal dengan
pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam menggunakan
kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi awang
berkata, pendirian yang sama pernah diutarakan menerusi satu kenyataan media
oleh beliau pada 2 tahun yang lalu

Comments