Tunku Aziz: Pakatan politikkan Kalimah Allah
“Jadi adalah tidak betul untuk mereka menggunakan kalimah Allah dalam Bible. Pakatan tidak harus mempolitikkan perkara ini,” tegas beliau.Dalam perutusannya sempena Hari Krisma, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible.Tindakan itu dibidas oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan Muslim dan pengulas politik sebagai cubaan untuk menarik sokongan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.Kedua-dua negeri itu penting dalam perkiraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.
Sungguhpun beberapa ulama PAS menolak saranan Guan Eng itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi sokongan bulat kepada cadangan itu. Hadi berkata bukan Muslim mempunyai hak untuk menggunakan kalimah Allah asalkan ia tidak digunakan dalam konteks menghina Islam.Majlis Syura Ulama Pas akan bermesyuarat malam ini untuk membuat pendirian rasmi mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Comments