Tidak Dibolehkan Terjemahan 'God' Atau 'Lord' Kepada 'Allah'
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS malam tadi mengambil keputusan sebulat suara bersetuju menterjemah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah -- tidak dibolehkan.
Menurut kenyataan bertulis yang dikeluarkan Majlis Syura Ulamak selepas mesyuarat lebih dua jam itu, menterjemahkan God atau Lord kepada Allah salah dari segi makna dan kegunaan, juga tidak menepati kehendak sebenar yang boleh mengelirukan.
Menurut kenyataan itu lagi, Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah itu.Demikian juga kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.Cubaan mendapatkan reaksi ahli Majlis Syura bagaimanapun gagal apabila mereka keluar dari Bangunan Agung PAS Jalan Raja Laut itu menerusi pintu belakang.

Comments
dan dah diterangkan berkali kali..
saja nak tegakkan yang dah sedia tegak..
Dasar Keras Kepala..