Terus dihina,kesabaran umat Islam di kemuncak...Habis Lah Lim Guan Eng
"Ini bukan masanya lagi untuk perli, persenda dan hina agama Islam dan kemudian minta maaf. Senang saja, sudah menghina dan mempersenda dengan minta maaf. Perkara itu seolah-olah selesai sedangkan pihak tidak bertanggungjawab ini terus mempersendakan agama Islam."Bagi Ketua Menteri, Lim Guan Eng pula, kita pun tidak mahu pengakuan maaf darinya, pintu maaf untuknya sudah tertutup. Apa yang perlu dilaksanakan sekarang adalah pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atasnya (Guan Eng)," katanya kepada media di hadapan kediaman Yang di-Pertua Negeri di Sri Mutiara, ahri ini.
Menurutnya, kesabaran umat Islam kini berada di puncak selepas semakin ramai individu yang berani menyentuh soal agama Islam antaranya penggunaan kalimah ALLAH, solat dan wanita yang bertudung.
"Individu yang tidak bertanggungjawab ini semakin berani dan celupar dengan menyentuh beberapa perkara di dalam agama Islam. Jika umat Islam masih berdiam diri, apa pula selepas ini yang akan mereka persenda dan persoalkan?"Ini bukan soal politik tetapi maruah agama Islam iaitu agama rasmi negara ini. Saya ingin ingatkan, jangan sampai umat Islam bangkit dan mengambil undang-undang sendiri," katanya.
Mohamed Hafiz menyerahkan sepucuk surat kepada Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Negeri, Shahul Abdul Hamid untuk disampaikan kepada Tun Abdul Rahman Abbas agar menyerahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.
.jpg)
Comments