Temberang puak anti RAPID kantoi...cuba sensasikan kejadian tiga sekeluarga bunuh diri...

Ini sudah melampau, tindakan Gabungan NGO Pengerang yang anti RAPID buat cerita kononnya tiga individu yang ditemui mati bunuh diri di Kampung Jawa Pengerang Selasa lalu akibat
membantah pengambilan tanah untuk projek hab minyak dan gas yang dirancang kerajaan tidak dapat diterima oleh ahli keluarga si mati.Kenyataan bodoh NGO pembangkang itu antara lain mendakwa antara sebab keluarga tersebut bunuh diri adalah pampasan rendah yang ditawarkan kerajaan ke atas tanah dan rumah mangsa.Beberapa akhbar berbahasa Cina, Inggeris dan portal berita menyiarkan kenyataan tersebut sehingga melukakan perasaan keluarga mangsa.Berikutan itu, adik si mati Pang Mao Fong mengadakan sidang akhbar semalam bagi menjelaskan letak duduk kejadian malang yang menimpa keluarganya itu.

Menurut Mao Fong, kematian keluarga adiknya tidak ada kena mengena dengan pengambilan tanah yang di kampung tersebut kerana proses itu belumpun bermula."Abang saya tidak bunuh diri sebab wang, dia tidak pernah bersungut mengenainya,"kata beliau.Sebaliknya, beliau percaya abangnya yang berusia 62 tahun, yang uzur, tidak mampu lagi menanggung beban menjaga isteri yang lumpuh akibat strok sejak enam tahun lalu dan anak lelaki berusia 20-an yang mengidap 'sindrom down'.
Dalam kejadian pada Selalu lalu itu, seorang perempuan dan dua lelaki ditemui terbaring di sebuah rumah di Kampung Jawa, Pengerang kira-kira jam 11.50 pagi.Siasatan polis mendapati bilik rumah berkenaan bertutup rapat dan turut menemui tiga mayat di tempat kejadian.Pihak polis turut menjumpai sebuah pasu yang mengandungi arang terbakar di sebelah katil si mati.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata hasil bedah siasat mendapati sebab-sebab kematian ialah “lemas akibat terhidu asap”."Motif bunuh diri kerana tertekan “depresi” beban kehidupan untuk mengurus isteri yang telah uzur serta anak yang cacat “down sindrom”,"ujarnya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta orang ramai supaya tidak memutar belitkan fakta dalam kejadian ini.Agendadaily difahamkan, Pang Mao Fong turut membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan laporan akhbar yang menyatakan abangnya mati kerana tekanan akibat isu pengambilan tanah.Dalam aduannya beliau juga tidak puas hati dengan jurugambar yang mengambil mayat abang, kakak ipar dan anak saudaranya.Ini bukan kali pertama NGO anti RAPID kantoi berbohong bagi menjustifikasikan perjuangan mereka menolak projek yang membawa kekayaan baru kepada negara itu.Sebelum ini NGO yang sama turut mendakwa kejadian ikan mati di perairan Pengerang juga akibat pencemaran projek tersebut.Sedangkan ketika kejadian, projek masih belum dimulai, dan hanya sebahagian kecil ikan mati, di kawasan tertentu, untuk tempoh beberapa hari sahaja.

Projek RAPID dijangkan akan meliputi kawasan seluas lebih 6424 ekar untuk pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Pembangunan Pengerang (PIPC) yang dipercayai akan menjejaskan Perlabuhan Jurong Singapura.Projek yang menelan belanja RM170 bilion itu dijangka akan menjadikan Malaysia sebagai hab petrokimia utama di Asia Pasifik

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul