Tarik lesen cetak jika jejas keamanan - Hishammuddin


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kementerian Dalam Negeri memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik lesen percetakan terhadap pengeluaran Bible versi bahasa Melayu sekiranya isu penggunaan kalimah Allah itu menjejaskan kestabilan dan keamanan negara.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pihaknya sedang memantau semua perkembangan serta pelbagai desakan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Kita lihat kesahihannya terlebih dulu dan pihak yang bertanggungjawab. Jika sesuatu isu membabitkan politik, agama dan perkauman, yang paling asas adalah bagaimana isu itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul