Syabas Majlis Syura, kata Hasan Ali...Bengkak Saja Parasit dalam PAS Mendengarnya

SHAH ALAM: Ketegasan Majlis Syura PAS berhubung penggunaan kalimah Allah memberi tamparan hebat kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan golongan Anwarinas dalam PAS, kata Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali.Bagaimanapun katanya, ketegasan majlis syura itu belum diperkasa sepenuhnya apabila terdapat beberapa isu berbangkit melibatkan PAS belum dimuktamadkan.Antaranya isu Negara Islam, pelaksanaan hudud, penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah dan keengganan rakan kompenannya DAP, untuk menerima peraturan untuk menjamin keluhuran akhlak yang diperjuangkan parti Islam itu.
Hasan bagaimanapun mengucapkan syabas dan tahniah kepada majlis tersebut kerana membuktikan mereka masih mempunyai taring dan berkuasa dalam mengawal halatuju PAS."Syabas dan tahniah kepada Majlis Syura Ulama yang telah membuat keputusan dengan tegas mengenai Kalimah Allah."Sekali lagi dalam isu Kalimah Allah golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP. Golongan parasit juga menjadikan PAS lunak dan tunduk kepada DAP dan PKR termasuk dalam isu-isu besar dan sensitif yang kedudukannya masih di awang-awang," ujar Hasan.

Semalam Majlis Ulama Syura PAS memutuskan orang bukan Islam sama sekali tidak boleh menggunakan Kalimah Allah dalam kitab agama mereka kerana kalimah tersebut adalah khusus untuk Agama Islam.
Majlis itu turut menegaskan kalimah Allah tidak boleh diterjemah ke dalam apa bahasa pun dan sebarang usaha untuk melakukan sesuatu yang berlainan dengan keputusan itu hendaklah dicegah.Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor mencabar Anwar dan DAP agar membuat kenyataan bersabit keputusan majlis tertinggi dalam PAS itu."Saya ingin mencabar Anwar dan DAP atas dasar semangat setiakawan Pakatan Rakyat yang mereka agung-agungkan supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu.
"Kenyataan mereka boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap PAS untuk meneruskan perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat seterusnya," ujar Hasan.Keputusan yang dibuat majlis syura itu sekaligus menolak pendirian Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menyatakan penganut bukan Islam bebas menggunakan kalimah Allah asalkan ia tidak menghina agama Islam.Majlis itu menegaskan bahawa sesungguhpun kalimah Allah boleh disebut oleh sesiapa, ia tidak boleh digunakan dalam Bible kerana akan membawa kepada kekeliruan yang “nyata".

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul