Sudah Dijangka.....DAP ditekan ubah keputusan CEC?


SHAH ALAM: DAP mungkin mengalami tekanan dari pelbagai pihak sehingga memaksanya membuat pindaan semula keputusan jawatankuasa eksekutif (CEC), kata Penganalisis Politik Semasa, Dr Atory Ahmad Hussain.Atory berkata parti itu seakan mempunyai agenda tertentu apabila mendakwa terdapat kesilapan teknikal semasa membuat penjumlahan undi menggunakan 'Microsoft Excel' sehingga membolehkan Zairil Khir Johari yang tercicir namanya dari senarai keputusan 20 tempat teratas CEC.
Menurut DAP, pembetulan itu membolehkan Zairil yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, terpilih untuk menjadi ahli jawatankuasa CEC berdasarkan keputusan dikemaskini.
"Oleh kerana tekanan dan juga desakan daripada pelbagai pihak dalam parti dan juga luar parti, tetapi pada saya sudah terlambat hingga hendak menunggu tiga minggu.
"Takkan dalam masa tiga minggu itu, tiada satu malam itu pun boleh selesai pengundian dan pengundian tidak semestinya silap saya rasa, jadi tidak ada pembetulan di situ sebab pengiraan undi DAP itu bukannya berjuta-juta, takkanlah hendak kira yang sedikit pun tidak boleh, jadi yang ini saya rasakan sudah tentulah kebanyakan ahli-ahli DAP tidak mahu orang Melayu duduk di dalam itu," katanya kepada Antarapos semalam.
Atory berkata apa jua alasan yang diberikan DAP beliau tetap berpendirian pembetulan keputusan pengundian itu adalah satu helah."Memang ini satu helah yang saya fikir tetapi benda ini kalau hendak dibetulkan malam itu juga atau keesokannya tetapi ini sudah tiga minggu, nampak sangatlahkan.
"Jadi saya rasa DAP mengalami masalah kemelut jugalah untuk hadapi masalah orang Melayu," katanya.
Justeru Atory yang juga pensyarah politik Universiti Sains Malaysia (USM) berkata tindakan tersebut sekaligus menterjermahkan bahawa parti dominasi Cina itu tidak jujur dalam pemilihan ahli CEC dan hanya kerana mahu menjaga hati orang Melayu."Oleh kerana ada desakan itu, jadi mereka mungkin terpaksa merubah keputusan itu tetapi mereka tidak ikhlas dalam mengubah keputusan itu.
"Mereka (DAP) ubah kedudukan ini kerana desakan tetapi bukan kerana pihak calon Melayu tadi menang, sebenarnya tidak, bukan menang tetapi kalah. Tambahan pula perwakilan pun sudah buat keputusan sebelum ini bahawa tiada calon Melayu yang menang, jadi kalau hendak ubah pula keputusan itu, saya rasa tidak betullah kecuali ada dalam Perlembagaan DAP iaitu Majlis Tertinggi DAP, Setiausaha Agung atau Presiden, boleh melantik ahli tambahanlah," katanya.
Dalam keputusan yang dikemaskini semalam, Zairil, yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini telah memperoleh kedudukan 20 teratas, sekaligus melayakkan beliau menduduki CEC.Selepas pembetulan keputusan pengiraan undi, Zairil yang sebelum ini dikatakan mendapat 305 undi sahaja, didakwa telah mendapat 803 undi.
Zairil melalui laman Twitternya berkata beliau masih terkejut menerima khabar berita itu.
"Suatu perkembangan yang menakjubkan. Saya masih terkejut sendiri. Dapat masuk (senarai 20 jawatankuasa CEC)".

http://www.networkedblogs.com/blog/1-malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul