Stadium Merdeka dah dapat...selepas ini apa lagi

Hajat yang digembar gembur penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat hendak sangat guna Stadium Merdeka sudah beres.Pihak pengurusan stadium yang bersejarah itu telah memberi lampu hijau untuk perhimpunan petang Sabtu ini diadakan di situ.Pengerusi penganjur himpunan itu Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS beritahu sidang akhbar mereka dapat surat kebenaran itu jam 2.30 petang Rabu.Mereka diwajibkan bayar RM75,000 sebagai wang pendahuluan guna stadium itu.
Semua orang tahu perhimpunan ini adalah salah satu rentetan aksi pakatan pembangkang untuk 'kasi heboh' menjelang pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.

Berbeza dengan hu ha perhinmpunan Bersih yang mereka anjurkan sebelum ini, soal lokasi kini sudah tidak menjadi isu.Kalau nak kira pakatan pembangkang ada Stadium Shah Alam yang jauh lebih besar.Namun mereka tetap berkeras mahu Stadium Merdeka.Ia tidak lebih dari usaha untuk tarik perhatian ramai sahaja.Melihat pada lokasinya di pusat bandar sudah pasti kesesakan lalulintas dan berbagai kerumitan akan timbul pada hari berkenaan.Tentu ada bertanya lepas dapat stadium ini...apa lagi selepas ini?

Mat Sabu janji mereka tidak akan berarak dan buat macam-macam hal.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul